Selasa, 09 Oktober 2012
Sabtu, 15 September 2012
RAJA-RAJA MELAYU NUSANTARA
KEKERABATAN RAJA-RAJA MELAYU :
INDIA-JAWA-SRIWIJAYA-DHAMARASRAYA-LANGKASUKA-KELANTAN-ROM-TANAH
HINDI-PALEMBANG-MAJAPAHIT-BENTAN-MINANGKABAU-PAGARRUYUNG-SINGAPURA@TEMASIK-MELAKA-SIAK-PATANI-INDERAPURA@PAHANG--KAMPAR-INDERAGIRI-PERAK-ACEH-JOHOR-RIAU-LINGGA-BRUNEI.
(0074) BENDAHARA TUN ALI IBNI TUN KORIS - BENDAHARA JOHOR-RIAU-LINGGA-PAHANG (1806-1824M) dan BENDAHARA PAHANG (1824-1857M)
(0073) BENDAHARA TUN KORIS IBNI TUN ABDUL MAJID - BENDAHARA JOHOR-RIAU-LINGGA-PAHANG (1803-1806M)
(0072) BENDAHARA TUN MUHAMMAD IBNI TUN ABDUL MAJID - BENDAHARA JOHOR-RIAU-PAHANG (1802-1803M)
(0071) BENDAHARA TUN ABDUL MAJID IBNI TUN HASSAN - BENDAHARA JOHOR-RIAU-PAHANG (1770-1802M)
(0070) BENDAHARA SERI MAHARAJA TUN HASSAN - BENDAHARA JOHOR-RIAU-PAHANG (1748-1770M)
(0069) BENDAHARA TUN ABBAS - BENDAHARA JOHOR-RIAU-PAHANG (1722-1748M)
(0068) BENDAHARA TUN ABDUL JAMAL@RAJA INDERA BONGSU - BENDAHARA PAHANG (1719-1721M)
(0067) PAHANG DI BAWAH TAKLUK RAJA ACEH (1618-1641M)
1615M
RAJA
BUJANG (Putera SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SHAH III - Raja Johor-Riau) telah
dihantar untuk menerajui TAKHTA PAHANG menggantikan Putera Sultan Abdul
Ghafur Muhiyuddin Shah (SP XII, 1592-1614M) yang merampas kuasa.
1618M
SULTAN
ISKANDAR MUDA DERMA WANGSA PERKASA ALAM SHAH (Raja Aceh Ke-22,
1607-1636M) telah menyerang PEKAN (Hilir Pahang), dan menakluk Pahang
setelah RAJA PAHANG kalah berperang. Meskipun begitu, sewaktu serangan
dan penaklukan Pahang oleh RAJA ACEH
ini, ULU PAHANG,
khasnya JELAI dan LIPIS di bawah pemerintahan SERI MAHARAJA PERBA@MAHAJA
PERBA tidak tergugat sama sekali kerana lokasi Ulu Pahang yang terlalu
jauh di pedalaman lagi penuh
berbahaya.
FOTO 1 :
SULTAN ISKANDAR MUDA DERMA WANGSA PERKASA ALAM SHAH
SULTAN ISKANDAR MUDA DERMA WANGSA PERKASA ALAM SHAH
RAJA ACEH KE-22, 1607-1636M
Natijah buruan Aceh, RAJA
BUJANG (RAJA PAHANG - keturunan Raja Johor-Riau) sempat melarikan diri
ke PULAU LINGGA. Ayahanda mertua baginda, SULTAN AHMAD@RAJA ABDULLAH (SP
XI, 1590-1591M), dan puteranya RAJA MUGHAL serta 10,000 RAKYAT PAHANG
telah dibawa ke ACEH.
Serangan
dan Penaklukan oleh ACEH terhadap HILIR PAHANG, terutama KOTARAJAPEKAN
menyebabkan ramai para Pembesar Pahang, para Pahlawan@Panglima Pahang,
dan rakyat jelata yang terbunuh di samping 10,000 orang rakyat Pahang
dibawa ke ACEH. Sebahagian rakyat HILIR PAHANG juga tidak diragui lari
menyelamatkan diri ke ULU PAHANG menyusur Sg. Jelai dari TEMBELING mudik
ke hulu mauk ke wilayah pemerintahan SERI MAHARAJA PERBA@MAHARAJA
PERBA@TO' RAJA, dan menyebabkan jumlah rakyat di ULU PAHANG semakin
ramai.
Waktu
ini jugalah SERI MAHARAJA PERBA@MAHARAJA PERBA dipecayai memperkuatkan
benteng pertahanan Ulu Pahang, khasnya di JELAI dengan melatih
Pahlawan-Pahlawan Jelai yang gagah perkasa. Waktu ini jugalah pelbagai
jenis PENCAK SILAT diajar dan dikembangkan oleh Mahaguru-Mahaguru Silat.
1620M
PUTERI SAFIATUDDIN, puteri hasil
perkahwinan SULTAN ISKANDAR MUDA-PUTERI SENDI RATNA INDRA kemudiannya
dikahwinkan dengan RAJA MUGHAL (Putera Pahang).
1621M
Setelah menjadi menantu Sultan Iskandar Muda, RAJA MUGHAL (Putera Pahang) diangkat menjadi PUTERA MAHKOTA ACEH.
Lewat
peristiwa ini, SULTAN ISKANDAR MUDA telah menikahi PUTERI
KAMALIAH@JAMALIAH (Permaisuri Sultan Ahmad - Pahang) setelah Sultan
Ahmad bersetuju untuk menceraikan isterinya, manakala SULTAN AHMAD - PAHANG
pula bersetuju untuk menikahi PUTERI SENDI RATNA INDRA (Permaisuri Sultan Iskandar
Muda) setelah Raja Aceh itu menceraikan isterinya.
Sebagai bukti cinta SULTAN ISKANDAR MUDA
kepada PUTERI PAHANG, yakni PUTERI KAMALIAH@JAMALIAH, Baginda telah
membina sebuah TAMAN yang dikenali sebagai BANGUNAN GEGUNONGAN@TAMAN
PUTERI PAHANG.
FOTO 2 : TAMAN PUTERI PAHANG - BANDA ACHEH
Dalam hal ini,
tidaklah berlebih-lebihan dikatakan bahawa sebahagian daripada
nenek-moyang penduduk Aceh sekarang (abad ke-21M) terdiri daripada
RAKYAT PAHANG yang ke Aceh itu. Justeru, sejak abad ke-17M bermulalah
hubungan SOSIO-POLITIK dan SOSIO-BUDAYA antara ACEH-PAHANG.
1636M
RAJA MUGHAL (Putera Pahang) telah didaulatkan sebagai
RAJA ACEH kE-23 dengan gelaran SULTAN ISKANDAR THANI (1636-1641M).
Baginda seorang raja yang adil, berilmu dan kebijaksanaannya bersandar
kepada Al-Quran dan Sunah Rasulullah SAW.
1641M
SULTAN
ISKANDAR THANI - RAJA ACEH mangkat, dan jenazah baginda disemadikan dI
MAKAM RAJA-RAJA SEMENANJUNG TANAH MELAYU (Berhampiran dengan TAMAN PUTERI PAHANG).
FOTO 3 :
MAKAM SULTAN ISKANDAR THANI@RAJA MUGHAL - PUTERA PAHANG (1641M)
BANDA ACEH
BANDA ACEH
(0066) RAJA-RAJA PAHANG KETURUNAN RAJA-RAJA MELAKA 1475-1614M)
RAJA PAHANG KETURUNAN LANGSUNG RAJA-RAJA MELAKA
SULTAN MUHAMMAD SHAH (SP I, 1470-1475M)
SULTAN AHMAD SHAH (SP II, 1475-1494M)
SULTAN ABDUL JAMIL SHAH (SP III, 1494-1512M)
SULTAN MANSUR SHAH (SP IV, 1512-1519M)
SULTAN MAHMUD SHAH (SP V, 1519-1530M)
SULTAN MUZAFFAR SHAH (SP VI, 1530-1545M)
SULTAN ZAINAL ABIDIN (SP VII, 1546-1555M)
SULTAN MANSUR SHAH II (SP VIII, 1555-1560M)
SULTAN ABD JAMAL SHAH (SP IX, 1560-1580M)
SULTAN ABDUL KADIR (SP X, 1580-1590M)
SULTAN AHMAD (SP XI, 1590-1591)
Sewaktu
SULTAN AHMAD IBNI SULTAN ABDUL KADIR (Sultan Pahang XI, 1590-1591M -
zuriat langsung Raja Melaka) naik takhta Pahang, dan bersemayam di
Pekan, berlaku kebanjiran masuk beramai-ramai orang-orang Melayu
keturunan Minangkabau melalui Ulu Muar, Bera dan Triang ke Negeri
Pahang, dan mereka mula membuat petempatan di sepanjang Sg. Pahang, Sg.
Jelai, dan Sg. Tembeling. Di Sg. Jelai, orang-orang Melayu Minangkabau
ini membuat petempatan bermula dari muara Sg. Jelai (pertemuan ulu Sg.
Pahang dan muara Sg. Tembeling) hingga jauh ke pedalaman LIPIS dan JELAI
di sebelah utara.
SULTAN ABDUL GHAFUR MUHIYUDDIN SHAH (SP XII, 1592-1614M)
Sewaktu
Pahang dalam pemerintahan Sultan Abdu Ghafuur Muhiyuddin Shah, pada Jun
1613 Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (Raja Aceh) telah menyerang dan
menawan Johor. Sultan Alauddin Riayat Shah III@Raja Mansur, Raja
Abdullah (adinda Sultan Alauddin Riayat Shah III), dan BENDAHARA JOHOR
TUN SERI LANANG telah dibawa ke Aceh.
1614M
Sultan
Abdul Ghafur Muhiyuddin Syah dan puteranya, Raja Abdullah telah mangkat
(1614M) diracun oleh putera sultan yang jahat lakunya. Dengan
kemangkatan kedua-dua Putera Pahang ini, maka BERAKHIRLAH PEWARIS
RAJA-RAJA PAHANG KETURUNAN LANGSUNG
RAJA-RAJA MELAKA.
(0060) SULTAN MAHMUD MUZAFFAR SHAH - RAJA RIAU-LINGGA III (1841M)
(0059) SULTAN MUHAMMAD SHAH - RAJA RIAU-LINGGA II (1832-1841M)
(0058) SULTAN ABDUL RAHMAN - RAJA RIAU-LINGGA I (1824-1832M)
(0057) SULTAN HUSSAIN SHAH - RAJA JOHOR-SINGAPURA (1824-1835M)
(0056) PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA (17 MAC, 1824M)
(0055) SULTAN HUSSAIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN MAHMUD SHAH III - RAJA JOHOR-RIAU (1819-1824M)
(0054) SULTAN ABDUL RAHMAN MUAZZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN MAHMUD SHAH III - RAJA JOHOR-RIAU VI (1812-FEBRUARI 1819M)
(0053) SULTAN MAHMUD SHAH III IBNI ALMARHUM SULTAN ABDUL JALIL MUAZZAM SHAH - RAJA JOHOR-RIAU V (1761-1812M)
(0052) SULTAN AHMAD RIAYAT SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN ABDUL JALIL MUAZAAM SHAH - RAJA JOHOR-RIAU IV (1761M) -
(0051) SULTAN ABDUL JALIL MUAZZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN SULAIMAN - RAJA JOHOR-RIAU XIII (1760-1761)
(0050) SULTAN SULAIMAN BADRUL ALAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN ABDUL JALIL RIAYAT SHAH IV - RAJA JOHOR RIAU XIII (1722-1760M)
(0049) SULTAN ABDUL JALIL RAHMAT SHAH@RAJA KECIL IBNI ALMARHUM SULTAN MAHMUD SHAH - RAJA JOHOR-RIAU XII (1718-1722M)
(0048) SULTAN ABDUL JALIL RIAYAT SHAH@BENDAHARA PADUKA RAJA TUN ABDUL JALIL - RAJA JOHOR-RIAU XI (1699-1718M)
(0047) SULTAN MAHMUD SYAH II@MARHUM MANGKAT DIJULANG - RAJA JOHOR-RIAU X (1685-1699)
FEB. 1685M
Setelah mangkat SULTAN IBRAHIM SHAH, puteranya RAJA MAHMUD yang berusia
10 Tahun diangkat sebagai RAJA JOHOR-RIAU X dengan gelaran SULTAN MAHMUD
SHAH II, bersemayam di Riau.
Oleh sebab SULTAN MAHMUD SHAH II masih kecil, maka Bondanya (Anak Paduka
Tun Abdul Jamil) yang memangku kerajaan, tetapi orang yang sebenar
berkuasa dalam KERAJAAN JOHOR-RIAU ialah PADUKA RAJA TUN ABDUL JALIL
mengatasi BENDAHARA SERI MAHARAJA TUN HABIB ABDUL MAJID, dan TEMENGGUNG
JOHOR (Anak Paduka Tun Abdul Jamil).
1688M
BENDAHARA TUN HABIB ABDUL MAJID kembali berkuasa setelah PADUKA RAJA TUN
ABDUL JAMIL dapat disingkirkan daripada kerajaan, dan kemudiannya
meninggal dunia di Terengganu. SULTAN MAHMUD SHAH II yang sudah berusia
13 Tahun selanjutnya telah dibawa bersemayam di KOTA TINGGI oleh
Bendahara Johor-Riau.
1697M
Sewaktu SULTAN MAHMUD SHAH II berusia 22 Tahun, BENDAHARA SERI MAHARAJA
TUN HABIB ABDUL MAJID (Bendahara Johor-Riau) telah kembali ke
Rahmatullah, dan beliau dimakamkan di Padang Saujana, Kota Tinggi,
Johor.
Putera Al-Marhum yang bernama TUN ABDUL JALIL kemudian dilantik oleh
ORANG-ORANG BESAR JOHOR sebagai BENDAHARA JOHOR-RIAU dengan gelaran
BENDAHARA PADUKA RAJA TUN ABDUL JALIL.
SULTAN MAHMUD SHAH II, seorang RAJA JOHOR-RIAU yang amat lemah kerana
tidak menghiraukan Pentadbiran Kerajaan Johor-Riau. Segala hal-ehwal
pemerintahan kerajaan dijalankan oleh Bendahara Johor-Riau sahaja.
1699M
Ketika usia Baginda 24 Tahun, SULTAN MAHMUD SHAH II mangkat ditikam oleh
MEGAT SERI RAMA kerana Baginda telah membunuh isteri Laksamana yang
mengidam dan memakan nangka yang dipersembahkan untuk Baginda.
Peristiwa Pembunuhan Sultan Mahmud Shah II
Pembunuhan ini berlaku sewaktu berangkat pulang selepas Solat Jumaat di
halaman Istana Kota Tinggi (Johor). Laksamana Megat Seri Rama yang
kematian isteri dibunuh atas titah perintah Sultan Mahmud Shah II yang
bersikap zalim dan bengis. Dengan kemarahan yang amat sangat lalu
laksamana itu menikam perut Baginda Sultan semasa berada di atas
usongan. Sewaktu Baginda mahu rebah, sempat Baginda melemparkan keris
kecilnya yang bergambar Jawa Demam kena hujung jari induk Megat Seri
Rama.
Baginda Sultan Mahmud Shah II mangkat tidak lama selepas itu, tetapi
Megat Seri Rama meninggal dunia 40 hari kemudian setelah mengamok dalam
Istana Sultan (Kota Tinggi) sehingga seorang pun keturunan Sultan Mahmud
Shah II tidak ditinggalkannya, habis dibunuh semuanya kecuali
ISTERI Al-Marhum Sultan Mahmud Shah II yang bernama ENCIK PONG (Puteri
kepada Dato' Laksamana Maharaja Serkam Johor) yang sempat melarikan diri
ke SINGAPURA --- JAMBI --- ke PAGARRUYUNG (MINANGKABAU) di Sumatera..
Jenazah Al-Marhum Sultan Mahmud Shah II dimakamkan di Kota Tinggi dengan
penuh Adat-Istiadat Diraja. Bagindalah disebut MARHUM MANGKAT
DIJULANG. Peristiwa ini berlaku sekitar penghujung Bulan Ogos 1699M.
Al-Marhum Sultan Mahmud Shah II mangkat dalam usia 24 tahun.
Keberanian Megat Seri Rama menderhaka dan seterusnya membunuh Sultan
Mahmud Shah II adalah dengan kebenaran BENDAHARA PADUKA RAJA TUN ABDUL
JALIL (Putera BENDAHARA SERI MAHARAJA TUN HABIB ABDUL MAJID) yang
menjadi BENDAHARA JOHOR-RIAU ketika itu seperti yang terkandung dalam
Buyong Adil (1980), Sejarah Johor, Kuala Lumpur : DBP.
Maka apabila khabar itu (kematian isteri) kepada suaminya (Megat Seri Rama), maka ia (Megat Seri Rama) pun menangislah serta hilang akalnya, meradang sebab marahnya. Maka lalu dia mendapatlan Dato' Bendahara (Dato' Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil), maka dimaklumkan bahawa dia hendak membalas dendam kematian isterinya itu, seraya berkata, "Jikalau Dato' hendak menjadi RAJA. inilah ketikanya, yang diperhamba hendak menderhaka, tiada boleh tiada." Maka bermesyuaratlah Dato' Bendahara dengan saudaranya Temenggung dan Indera Bongsu, bersatulah mereka membenarkan Megat Seri Rama itu (menderhaka) kerana Orang-Orang Besar Johor pun suka jika Bendahara Johor-Riau menjadi RAJA.
(0046) SULTAN IBRAHIM SHAH - RAJA JOHOR-RIAU VIII (1677-1685M)
1677M
Setelah Sultan Abdul Jalil III@Raja Bujang mangkat (1677M), maka seperti
yang telah dipersetuji sebelumnya, maka RAJA IBRAHIM IBNI RAJA BAJAU
yang tinggal di Pahang telah ditabalkan menjadi RAJA JOHOR-RIAU bergelar
SULTAN IBRAHIM SHAH (1677-1685M). Bendahara Johor-Riau ketika itu ialah
BENDAHARA SERI MAHARAJA TUN HABIB ABDUL MAJID.
1678M
Atas gesaan ayahanda mertuanya (Laksamana Tun Abdul Jamil), SULTAN
IBRAHIM SHAH telah memindahkan pusat pemerintahannya dari PEKAN (Pahang)
ke RIAU.
1679M
SULTAN IBRAHIM SHAH menitahkan mentuanya LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL dan
DAENG MENGIKA membawa 300 buah perahu menyerang KERAJAAN JAMBI, dan
akhirnya alah KERAJAAN JAMBI.
Sesudah PERANG JAMBI ini, Sultan Ibrahim Shah mengurniakan mentuanya
gelaran PADUKA RAJA TUN ABDUL JAMIL atas jasa-jasanya. Sejak itu juga,
PADUKA RAJA TUN ABDUL JAMIL menjadi ORANG BESAR yang paling berkuasa
dalam KERAJAAN JOHOR-RIAU melebihi kuasa Bendahara Johor-Riau.
1681M
Paduka Raja Tun Abdul Jamil atas titah perintah Sultan Ibrahim Shah bersama Angkatan Perang Johor-Riau membantu JAMBI menyerang PALEMBANG. Setelah menang, Paduka Raja Tun Abdul Jamil telah mengambil semua MERIAM PALEMBANG dan separuh Harta Rampasan dari Palembang ke Johor-Riau.
Sejak tarikh ini juga, PADUKA RAJA TUN ABDUL JAMIL yang bersifat sombong dan bongkak itu telah mengambil semua kuasa pemerintahan KERAJAAN JOHOR-RIAU dengan mengenepikan SULTAN IBRAHIM SHAH dan BENDAHARA JOHOR-RIAU.
1685M
SULTAN IBRAHIM SHAH telah mangkat di RIAU, dan beliau dikenali sebagai MARHUM BONGSU.
1681M
Paduka Raja Tun Abdul Jamil atas titah perintah Sultan Ibrahim Shah bersama Angkatan Perang Johor-Riau membantu JAMBI menyerang PALEMBANG. Setelah menang, Paduka Raja Tun Abdul Jamil telah mengambil semua MERIAM PALEMBANG dan separuh Harta Rampasan dari Palembang ke Johor-Riau.
Sejak tarikh ini juga, PADUKA RAJA TUN ABDUL JAMIL yang bersifat sombong dan bongkak itu telah mengambil semua kuasa pemerintahan KERAJAAN JOHOR-RIAU dengan mengenepikan SULTAN IBRAHIM SHAH dan BENDAHARA JOHOR-RIAU.
1685M
SULTAN IBRAHIM SHAH telah mangkat di RIAU, dan beliau dikenali sebagai MARHUM BONGSU.
(0045) SULTAN ABDUL JALIL III@RAJA BUJANG - RAJA JOHOR-RIAU VII (1623-1677M)
1623M
Setelah SULTAN ABDULLAH MA'AYAT SHAH mangkat, Laksamana Tun Abdul Jamil
(Orang Besar Johor-Riau) yang paling berkuasa ketika itu telah mengambil
kuasa Bendahara Johor-Riau, lalu melantik RAJA BUJANG menjadi RAJA
JOHOR-RIAU dengan gelaran SULTAN ABDUL JALIL SHAH III dengan syarat RAJA
BAJAU IBNI ALMARHUM SULTAN MA'AYAT SHAH (usia 2 tahun) hendaklah diakui
oleh SULTAN ABDUL JALIL SHAH III@RAJA BUJANG sebagai pewaris tahkta
Johor-Riau selepas baginda.
1636M
SULTAN ISKANDAR MUDA (RAJA ACEH KE-22) telah mengangkat menantunya RAJA
MUGHAL IBNI SULTAN AHMAD (PUTERA PAHANG DI ACEH) menjadi RAJA ACEH
(KE-23) dengan gelaran SULTAN ISKANDAR THANI. Sejak itu, hubungan
PAHANG-ACEH menjadi semakin baik kerana Raja Aceh itu menganggap Pahang
di bawah takluk baginda.
Tidak diragui bahawa ORANG BESAR BEREMPAT PAHANG yang diketuai oleh SERI
MAHARAJA PERBA@MAHARAJA PERBA I di ULU PAHANG telah menjalinkan
hubungan baik dengan SULTAN ISKANDAR THANI - RAJA ACEH.
1638M
SULTAN ABDUL JALIL SHAH III@RAJA BUJANG (RAJA JOHOR-RIAU) tidak begitu
suka hubungan baik antara PAHANG-ACEH. Oleh itu, baginda telah
menghantar angkatan perang menyerang Pahang (Hilir Pahang) sehingga
ramai Orang Besar dan Pahlawan Pahang, serta rakyat-jelata terbunuh, dan
menderita kesusahan.
Dipercayai juga ULU PAHANG di bawah pemerintahan SERI MAHARAJA
PERBA@MAHARAJA PERBA I tidak terjejas oleh serangan angkatan perang
Johor ini bukan sahaja disebabkan lokasi yang jauh di pedalaman Pahang,
dan melalui perjalanan yang sukar dan berbahaya, tetapi benteng
pertahanan Ulu Pahang yang cukup kuat, terutamanya ANGKATAN PERANG JELAI
.
(0044) SULTAN ABDULLAH MA'AYAT SYAH@RAJA ABDULLAH - RAJA JOHOR-RIAU VI (1613-1623M)
Disember 1613M
SULTAN ISKANDAR MUDA (RAJA ACEH) telah menghantar satu angkatan Aceh
mengandungi 30 puluh perahu besar membawa sekitar 2,000 Tentera Aceh ke
Batu Sawar (Johor) di bawah pimpinan Orang Besar Aceh, ORANG KAYA LELA
WANGSA untuk membangunkan semula Batu sawar yang musnah teruk akibat
peperangan Aceh-Johor, mengiringi dan menabalkan RAJA ABDULLAH (Adinda
Sultan Alauddin Riayat Shah III@Raja Mansor) yang ke Aceh itu menjadi
RAJA JOHOR-RIAU.
Manakala BENDAHARA
PADUKA RAJA TUN SERI LANANG kekal tinggal di Aceh sambil menyambung
kerjanya menyusun dan memperbaiki naskah SULALATUS-SALATIN (SEJARAH
MELAYU) yang telah dimulakan di Pasir Raja (Johor) dahulu. Masa inilah,
Tun Seri Lanang berpeluang berkenalan dengan pengarang-pengarang dan
ulamak-ulamak Aceh.
(0043) SULTAN ALAUDDIN RI'AYAT SYAH III@RAJA MANSOR - RAJA JOHOR-RIAU V (1597-1613M)
1597M
Bendahara Paduka Raja TUN SERI LANANG hendak menabalkan RAJA ABDULLAH IBNI ALMARHUM SULTAN MUZAFFAR SHAH apabila SULTAN ALI JALLA ABD JALIL II@RAJA UMAR mangkat (1597M), tetapi Raja Abdullah menolak untuk memberi laluan kepada kekandanya (saudara seibu), RAJA MANSOR menjadi RAJA JOHOR-RIAU dengan gelaran SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SHAH III bersemayam di Batu Sawar (Johor).
Bendahara Paduka Raja TUN SERI LANANG hendak menabalkan RAJA ABDULLAH IBNI ALMARHUM SULTAN MUZAFFAR SHAH apabila SULTAN ALI JALLA ABD JALIL II@RAJA UMAR mangkat (1597M), tetapi Raja Abdullah menolak untuk memberi laluan kepada kekandanya (saudara seibu), RAJA MANSOR menjadi RAJA JOHOR-RIAU dengan gelaran SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SHAH III bersemayam di Batu Sawar (Johor).
613M
SULTAN
ISKANDAR MUDA DERMA WANGSA PERKASA ALAM SHAH (Raja Aceh Ke-22,
1607-1636M) telah menghantar angkatan perang yang cukup besar menyerang KOTARAJA BATU SAWAR (Johor).
Setelah berperang selama 29 hari, alahlah Johor. SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SHAH III@RAJA MANSOR dan adindanya RAJA ABDULLAH@RAJA RADEN dan BENDAHARA PADUKA RAJA TUN SERI LANANG, serta beberapa orang Panglima Johor-Riau telah dibawa ke ACEH.
FOTO 1 :
SULTAN ISKANDAR MUDA DERMA WANGSA PERKASA ALAM SHAH
SULTAN ISKANDAR MUDA DERMA WANGSA PERKASA ALAM SHAH
RAJA ACEH KE-22, 1607-1636M
Setelah berperang selama 29 hari, alahlah Johor. SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SHAH III@RAJA MANSOR dan adindanya RAJA ABDULLAH@RAJA RADEN dan BENDAHARA PADUKA RAJA TUN SERI LANANG, serta beberapa orang Panglima Johor-Riau telah dibawa ke ACEH.
FOTO 2 :
BENDAHARA PADUKA RAJA TUN SERI LANANG
(BENDAHARA JOHOR-RIAU)
(0042) RAJA UMAR@SULTAN ALI JALLA ABDUL JALIL - RAJA JOHOR-RIAU IV (1571-1597M)
RAJA UMAR telah diangkat menjadi RAJA JOHOR-RIAU IV (1571M) dengan gelaran SULTAN ALI JALLA ABDUL JALIL SHAH.
Hubungan baik Johor-Aceh menyebabkan Portugis di Melaka menyerang pusat
pemerintahan baginda di Kota Johor Lama (1576M & 1578M), tetapi
kedua-dua serangan ini dapat ditewaskan oleh Tentera Johor.
Walau bagaimanapun, SULTAN ALI JALLA ABDUL JALIL SHAH telah mendirikan
kerajaannya di Batu Sawar apabila Kota Lama Johor diserang dan tewas di
tangan Portugis pada 15 Ogos, 1587M.
Akhirnya, SULTAN ALI JALLA ABDUL JALIL SHAH mangkat di BATU SAWAR (JOHOR).
Sumber :
(1)
Asyaari Muhamad (ATMA), Kesultanan Melayu Johor-Riau-Lingga : Sejarah
dan Warisannya, Prosiding Seminar Antarabangsa Kesultanan
Melayu Nusantara, Lembaga Muzium Pahang-ATMA (UKM), 2005.
(0041) SULTAN ABDUL JALIL RI'AYAT SYAH I - RAJA JOHOR III (1570-1571M)
Pengganti SULTAN MUZAFFAR SYAH yang mangkat (1570M) ialah puteranya
bergelar SULTAN ABDUL JALIL RI'AYAT SYAH I, berusia 8 tahun. Oleh
kerana baginda terlalu kecil, maka segala urusan pemerintahan dan
pentadbiran KERAJAAN JOHOR-RIAU dilakukan sepenunya oleh BENDAHARA SERI
MAHARAJA TUN HISAP MISAI.
Walau bagaimanapun, setelah 1 tahun memerintah, SULTAN ABDUL JALIL SYAH I telah mangkat (1571M).
Sumber :
(1)
Asyaari Muhamad (ATMA), Kesultanan Melayu Johor-Riau-Lingga : Sejarah
dan Warisannya, Prosiding Seminar Antarabangsa Kesultanan
Melayu Nusantara, Lembaga Muzium Pahang-ATMA (UKM), 2005.
(0040) RADEN BADAR@SULTAN MUZAFFAR SYAH - RAJA JOHOR-RIAU II (1564-1570M)
Setelah kemangkatan SULTAN ALAUDDIN RI'AYAT SYAH di Aceh, Sultan Aceh
memperkenankan agar putera al-marhum yang bernama RADEN BADAR dilantik
sebagai RAJA JOHOR-RIAU II (1564M) dengan gelaran SULTAN MUZAFFAR SYAH.
Selepas setahun bersemayam di Kota Johor Lama, SULTAN MUZAFFAR SYAH
memindahkan pusat pemerintahannya ke Seluyut sehinggalah baginda mangkat
di sana (1570M).
Sumber :
(1)
Asyaari Muhamad (ATMA), Kesultanan Melayu Johor-Riau-Lingga : Sejarah
dan Warisannya, Prosiding Seminar Antarabangsa Kesultanan
Melayu Nusantara, Lembaga Muzium Pahang-ATMA (UKM), 2005.
(0039) RAJA ALI@SULTAN ALAUDDIN RI'AYAT SYAH - RAJA JOHOR-RIAU I (1528-1564M)
Setelah SULTAN MAHMUD SYAH mangkat (1528M) di Kampar (Sumatera), seorang
puteranya bernama RAJA ALI telah diangkat menjadi pewaris dan penerus
takhta KERAJAAN MELAYU MELAKA dengan gelaran SULTAN ALAUDDIN RI'AYAT
SYAH. Sebaik sahaja dilantik sebagai RAJA, baginda lalu bertolak dari
Kampar ke Pahang dan akhirnya mendirikan kerajaan di Sayong Pinang
(Johor).
Putera MARHUM KAMPAR@SULTAN MAHMUD SYAH inilah sebenarnya sebagai
PENGASAS KESULTANAN JOHOR-RIAU, yakni kesinambungan KERAJAAN MELAYU
MELAKA berdasarkan "SALASILAH RAJA-RAJA MELAYU MELAKA".
RAJA ALI@SULTAN ALAUDDIN RI'AYAT SYAH merupakan zuriat langsung SULTAN
MAHMUD SYAH (RAJA MELAKA) sama seperti RAJA MUZAFFAR@SULTAN MUZAFFAR
SYAH (RAJA PERAK).
Sewaktu mendirikan kerajaan di Kota Johor Lama (di Tanjung Batu - tepi
Sg. Johor), SULTAN ALAUDDIN RI'AYAT SYAH dan KOTA JOHOR LAMA diserang
oleh ACEH, lalu tewas. SULTAN ALAUDDIN RI'AYAT SYAH ditangkap, dan
dibawa ke Aceh, lalu dihukum bunuh (1564M).
Sumber :
(1)
Asyaari Muhamad (ATMA), Kesultanan Melayu Johor-Riau-Lingga : Sejarah
dan Warisannya, Prosiding Seminar Antarabangsa Kesultanan
Melayu Nusantara, Lembaga Muzium Pahang-ATMA (UKM), 2005.
(0038) RAJA MAHMUD@SULTAN MAHMUD SYAH - RAJA MELAKA VIII (1481-1511M)
RAJA MAHMUD telah diangkat sebagai RAJA MELAKA VIII dengan gelaran
SULTAN MAHMUD SYAH (1481M) ketika baginda masih budak. Ketika itu,
SULTAN MAHMUD SYAH yang masih budak dijaga rapi oleh BENDAHARA PADUKA
RAJA TUN PERAK dan ORANG KAYA LAKSAMANA HANG TUAH.
Kemudian setelah meningkat dewasa, SULTAN MAHMUD SYAH telah berkahwin
dengan PUTERI (Puteri SULTAN MUHAMMAD SYAH - RAJA PAHANG I).
Kemudian, SULTAN MAHMUD SYAH juga telah mengahwini 2 orang gundik : TUN
SABARIAH (Puteri ORANG KAYA LAKSAMANA HANG TUAH) dan TUN IRAM SENDARI.
Sejurus sebelum Portugis menyerang Kota Melaka, SULTAN MAHMUD SYAH
dikatakan menyerahkan takhta Melaka kepada puteranya, RAJA AHMAD. Namun
begitu, putera ini kemudiannya dihukum bunuh oleh ayahandanya, SULTAN
MAHMUD SYAH.
Sesudah itu, SULTAN MAHMUD SYAH kembali memerintah KERAJAAN MELAYU
MELAKA berpusat di KAMPAR, di salah sebuah jajahan takluk Melaka.
Sewaktu Sultan Mahmud Syah di Kampar inilah, TUN SABAN BALIK@RADEN
SAPIRO, ahli Sufi (Putera RADEN MULKIN@SERI MAHARAJA JIN) - keturunan
Majapahit), ORANG KAYA PERAK telah mengadap baginda, memohon seorang
putera baginda untuk dirajakan di Perak. Baginda telah berkenan
menghantar puteranya RAJA MUZAFFAR untuk dirajakan di Perak dengan
gelaran SULTAN MUZAFFAR SYAH IBNI SULTAN MAHMUD SYAH (1528M). Daripada
keturunan SULTAN MUZAFFAR SYAH inilah berkesinambungan lahirnya zuriat
langsung RAJA MELAYU MELAKA di PERAK berkekalan hingga sekarang.
Tidak lama kemudian, SULTAN MAHMUD SYAH telah mangkat di KAMPAR (1528M).
Adapun TUN SABAN BALIK@RADEN SAPIRO yang diam di Ulu Perak (1520M)
mempunyai 2 orang adik perempuan : TUN@RADEN MALOGA@TO' TEMONG berkahwin
dengan TO' BUSUR PUTIH@TO' PUTIH JEMBAL@TO' CANGKAT PELANDOK@TUN SAMAD
PANJANG JANGGUT (dari Pattani Besar), dan TUN@RADEN SERI KANDIS yang
berkahwin dengan ABDURRAHMAN WALI GUNUNG PONDOK (ayahanda MEGAT
TERAWIS). Wallahualam..
Sumber :
(1) Prof. Madya Dr. Abd Rahman Ismail (USM), Pengasasn Kerajaan Melayu
Melaka 1262M : Penemuan Fakta Terkini, Seminar Melaka Merentas Zaman
(1262-2010M) pada 17 Oktober, 2011 di Seri Negeri, Melaka.
(2) Ismail Azman Omar (2009), Perkahwinan dan Kekeluargaan Raja-Raja Melayu Dalam Sejarah Melayu, Shah Alam : KARISMA SDN BHD.
(3) Meor Ahmad Tajuddin Meor Mazlan (2005), Tun Saban Balik & Pembesar Melayu Perak, Perak : Yayasan Perak.
(3) Prof. Dr. Othman Yatim (UM), Sejarah Kesultanan Perak : Unsur-Unsur
Kebudayaan Dalam Misa Melayu, Prosiding Seminar Antarabangsa Kesultana
Melayu Nusantara, Lembaga Muzium Pahang-ATMA (UKM), 2005.
(0037) RAJA HUSIN@SULTAN ALAUDDIN RI'AYAT SYAH - RAJA MELAKA VII (1449-1481M)
RAJA HUSIN (Bondanya kerabat BENDAHARA TUN PERAK - keturunan diraja
Melayu Melaka-Sriwijaya) telah dilantik sebagai RAJA MELAKA VII (1449M)
sebaik sahaja kemangkatan ayahandanya, SULTAN MANSUR SYAH. Semasa
baginda naik takhta, RAJA HUSIN@SULTAN ALAUDDIN RI'AYAT SYAH telah pun
berkahwin dengan kerabat diraja. Hasil perkahwinan tersebut, baginda
mempunyai 2 orang putera : RAJA MENAWAR dan RAJA ZAINAL. RAJA MENAWAR
kemudian telah dirajakan di KAMPAR (SUMATERA) bergelar SULTAN MENAWAR
SYAH.
Kemudian, setelah naik takhta, RAJA HUSIN@SULTAN ALAUDDIN RI'AYAT SYAH
berkahwin pula dengan TUN SENAJA (Puteri SERI NARA DIRAJA TUN ALI-TUN
KUDU). Hasil perkahwinan RAJA HUSIN@SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH-TUN
SENAJA melahirkan 2 orang puteri, seorang putera : (1) RAJA HITAM (P),
(2) RAJA MAHMUD (L) dan (3) RAJA FATIMAH (P). RAJA FATIMAH kemudian
dikahwinkan dengan RAJA ABDUL JAMIL (Putera SULTAN MUHAMMAD SYAH - RAJA
PAHANG).
Selain itu, RAJA HUSIN@SULTAN ALAUDDIN RI'AYAT SYAH ada juga mengahwini
seorang GUNDIK (rakyat biasa). Hasil perkahwinan ini telah melahirkan
seorang puteri, PUTERI BAKAL yang dijodohkan dengan RAJA MERLANG
(INDERAGIRI). Cucunya yang bernama RAJA NARA SINGA kemudian naik takhta
di INDERAGIRI dengan gelaran SULTAN ABDUL JALIL.
Sumber :
(1) Prof. Madya Dr. Abd Rahman Ismail, Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka
1262M : Penemuan Fakta Terkini, Seminar Melaka Merentas Zaman
(1262-2010M) pada 17 Oktober, 2011 di Seri Negeri, Melaka.
(2) Ismail Azman Omar (2009), Perkahwinan dan Kekeluargaan Raja-Raja Melayu Dalam Sejarah Melayu, Shah Alam : KARISMA SDN BHD.
(0036) RAJA ABDULLAH@SULTAN MANSOR SYAH - RAJA MELAKA VI (1378-1449M)
RAJA ABDULLAH telah dilantik menjadi RAJA MELAKA VI (1378M) dengan gelaran SULTAN MANSUR SYAH.
Sewaktu naik takhta itu, RAJA ABDULLAH@SULTAN MANSUR SYAH berusia 27 tahun.
RAJA ABDULLAH@SULYAN MANSUR SYAH telah berkahwin dengan TUN PUTIH NUR
PUALAM (Puteri SERI NARA DIRAJA TUN ALI). Hasil perkahwinan RAJA
ABDULLAH@SULTAN MANSUR SYAH-TUN PUTIH NUR PUALAM telah melahirkan 2
orang puteri : RAJA MAHADEWI dan RAJA CENDERADEWI, serta beberapa orang
putera. RAJA MAHADEWI kemudian berkahwin dengan MEGAT KUDU (KERAJAAN
SIAK) dan menjadi PERMAISURI SIAK apabila MEGAT KUDU ditabalkan menjadi
RAJA SIAK dengan gelaran SULTAN IBRAHIM. Hasil perkahwinan RAJA
MAHADEWI-SULTAN IBRAHIM melahirkan seorang putera
bernama RAJA ABDULLAH (SIAK).
RAJA ABDULLAH@SULTAN MANSUR SYAH juga turut mengahwini Puteri Pahang,
PUTERI LELA WANGSA@WANANG SERI (Puteri MAHARAJA DEWA SURA - keturunan
Siam).
Hasil perkahwinan RAJA ABDULLAH@SULTAN MANSUR SYAH-PUTERI LELA WANGSA
melahirkan 2 orang putera, RAJA AHMAD dan RAJA MUHAMMAD. RAJA MUHAMMAD
ibni SULTAN MANSUR SYAH kemudiannya dirajakan di Pahang sebagai RAJA
PAHANG I.
Kemudian baginda berkahwin pula dengan PUTERI (salah seorang kerabat TUN
PERAK). Hasil perkahwinan RAJA ABDULLAH@SULTAN MANSUR SYAH-PUTERI
(kerabat TUN PERAK) telah melahirkan seorang putera, yakni : RAJA
HUSSAIN@RAJA HUSIN.
Selain itu, RAJA ABDULLAH@SULTAN MANSUR SYAH berkahwin pula dengan RADEN
GALOH CENDERA KIRANA (Puteri BETARA MAJAPAHIT). Hasil perlahwinan RAJA
ABDULLAH@SULTAN MANSUR SYAH-RADEN GALOH CENDERA KIRANA melahirkan
seorang putera, bernama RADEN KELANG. Namun begitu, RADEN KELANG telah
mangkat dalam satu pertarungan di Kampung Keling.
RAJA ABDULLAH@SULTAN MANSOR SYAH juga telah berkahwin dengan PUTERI HANG
LI PO (Puteri MAHARAJA CHINA) melahirkan seorang putera yang diberi
nama PADUKA MIMAT, tetapi kemudiannya mangkat dalam usia remaja.
Sumber :
(1)Prof. Madya Dr. Abd Rahman Ismail (USM), Pengasasan Kerajaan Melayu
Melaka 1262M : Penemuan Fakta terkini, Seminar Melaka Merentas Zaman
(1262-2010M) pada 17 Ojtober, 2011 di Seri Negeri, Melaka.
(2) Ismail Azman Omar (2009), Perkahwinan dan Kekeluargaan Raja-Raja Melayu Dalam Sejarah Melayu, Shah Alam : KARISMA SDN BHD.
(0035) SULTAN MUZAFFAR SYAH@RAJA KASSIM - RAJA MELAKA IV (1340-1378M)
RAJA KASSIM telah naik takhta sebagai RAJA MELAKA IV dengan gelaran SULTAN MUZAFFAR SYAH (1340M).
Hasil perkahwinan SULTAN MUZAFFAR SYAH@RAJA KASSIM-PUTERI (Puteri SERI
AMAR DIRAJA RADEN ANUM) telah melahirkan seorang putera, RAJA ABDULLAH.
Setelah itu, SULTAN MUZAFFAR@RAJA KASSIM telah berkahwin pula dengan TUN
KUDU (Puteri BENDAHARA SERI WAK RAJA II TUN PERPATIH SEDANG. Pada masa
yang sama, SULTAN MUZAFFAR telah melantik TUN PERAK sebagai PERDANA
MENTERI, dan kemudian sebagai BENDAHARA MELAKA dengan gelaran SERI
PADUKA RAJA.
SULTAN MUZAFFAR SYAH@RAJA KASSIM telah mangkat pada tahun 1378M setelah memerintah selama 38 tahun (1340-1378M).
Sumber :
(1) Prof. Madya Dr. Abd Rahman Ismail (USM), Pengasasan Kerajaan Melayu
Melaka 1262: Penemuan Fakta Terkini, Seminar Melaka Merentas Zaman
(1262-2010M) pada 17 Oktober, 2011 di Seri Negeri, Melaka.
(2) Ismail Azman Omar (2009), Perkahwinan dan Kekeluargaan Raja-Raja Melayu Dalam Sejarah Melayu, Shah Alam : KARISMA SDN BHD.
(0034) SULTAN ABU SYAHID@RAJA IBRAHIM - RAJA MELAKA IV (1339-1340M)
RAJA IBRAHIM, adinda tiri RAJA KASSIM telah dilantik sebagai RAJA MELAKA
IV (1339M) dengan gelaran SULTAN ABU SYAHID meskipun para pembesar
tidak menyukai pelantikan tersebut. Hal ini disebabkan mereka menganggap
bahawa RAJA REKANlah yang berkuasa, bukan SULTAN ABU SYAHID kerana
baginda terlalu kecil semasa dilantik sebagai sultan.
Keadaan ini menyebabkan RAJA KASSIM bertindak untuk melakukan rampasan
kuasa (coup d'etat) ke atas ISTANA MELAKA bersama SERI NARA DIRAJA TUN
ALI (ayahanda saudara).
Dalam kes rampasan kuasa ini, RAJA REKAN telah menikam anak saudaranya,
SULTAN ABU SYAHID di atas pangkuannya, dan kemudian RAJA REKAN sendiri
telah melakukan bunuh diri.
Berikutan dengan peristiwa ini, RAJA KASSIM telah menggantikan adinda
tirinya itu di atas takhta dengan gelaran SULTAN MUZAFFAR SYAH (1340M).
Pemerintahan SULTAN ABU SYAHID hanya bertahan selama 1 tahun 6 bulan sahaja.
Sumber :
(1) Prof. Madya Dr. Abd Rahman Ismail (USM), Penguasaan Kerajaan Melayu
Melaka 1262M : Penemuan Fakta Terkini, Seminar Melaka Merentas Zaman
(1262-2010M) pada 17 Oktober, 2011 di Seri Negeri, Melaka.
(2) Ismail Azman Omar (2009), Perkahwinan dan Kekeluargaan Raja-Raja Melayu Dalam Sejarah Melayu, Shah Alam : KARISMA SDN BHD.
(0033) SULTAN MUHAMMAD SYAH@RADEN TENGAH - RAJA MELAKA III (1283-1339M)
RADEN TENGAH telah dilantik sebagai RAJA MELAKA III dengan gelaran SULTAN MUHAMMAD SYAH.
Hasil perkahwinan SULTAN MUHAMMAD SYAH-PUTERI (Puteri RADEN
BAGUS@BENDAHARA TUN PERPATIH PERMUKA BERJAJAR II) melahirkan 2 orang
putera : RAJA KECIL LAMBANG dan RAJA MAKOTA, manakala perkahwinan SULTAN
MUHAMMAD SYAH-TUN RATNA WATI (Puteri MANI PURINDAN-TUN RANA SANDARI)
melahirkan RAJA KASSIM.
Tempoh pemerintahan SULTAN MUHAMAD SYAH agak lama juga, yakni mencecah 57 tahun (1283-1339M).
Setelah kemangkatan baginda, putera tirinya yang masih terlalu kecil
bernama RAJA IBRAHIM dirajakan dengan gelaran SULTAN ABU SYAHID.
Pelantikan ini atas sokongan kuat daripada RAJA REKAN.
Sumber :
(1) Prof. Madya Dr. Abd Rahman (USM), Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka
1262M : Penemuan Fakta Terkini, Seminar Melaka Merentas Zaman
(1262-2010M) pada 17 Oktober, 2011 di Seri Negeeri, Melaka.
(2) Ismail Azman Omar (2009), Perkahwinan dan Kekeluargaan Raja-Raja Melayu Dalam Sejarah Melayu, Shah Alam : KARISMA SDN BHD.
(0032) RAJA AHMAD@RAJA BESAR MUDA - RAJA MELAKA II (1281-1283M)
RAJA AHMAD@RAJA BESAR MUDA@RAJA MAKOTA (putera PARMESWARA@SERI ISKANDAR SYAH) naik takhta sebagai RAJA MELAKA II sekitar 1281M.
Melalui perkahwinan RAJA AHMAD-PUTERI KAMARUL AJAIB (Puteri Kota
Mahligai - keturunan Jawa - LANGKASUKA - jajahan KERAJAAN MAJAPAHIT)
telah melahirkan 3 orang putera : (1) RADEN BAGUS, RADEN TENGAH, dan
RADEN ANUM.
Ketiga-tiga putera ini berkahwin dengan puteri-puteri BENDAHARA TUN PERPATIH TULUS.
Apabila RAJA AHMAD@RAJA BESAR MUDA mangkat (1283M), puteranya RADEN
TENGAH terpilih sebagai RAJA MELAKA III dengan mengenepikan RADEN BAGUS
(Putera Sulong).
Namun begitu, RADEN BAGUS telah dilantik sebagai BENDAHARA MELAKA
bergelar TUN PERPATIH PERMUKA BERJAJAR II, manakala RADEN ANUM dilantik
sebagai PERDANA MENTERI bergelar SERI AMAR DIRAJA.
Sumber :
(1) Prof. Madya Dr. Abd Rahman Ismail (USM), Pengasasan Kerajaan Melayu
Melaka 1262M : Penemuan Fakta Terkini, Seminar Melaka Merentas Zaman
(1262-2010M) pada 17 Oktober, 2011 di Seri Negeri, Melaka.
(2) Ismail Azman Omar (2009), Perkahwinan dan Kekeluargaan Raja-Raja Melayu Dalam Sejarah Melayu, Shah Alam : KARISMA SDN BHD.
(0031) PARAMESWARA@RAJA ISKANDAR SYAH - RAJA SINGAPURA@TEMASIK V@RAJA MELAKA 1 (1262-1281M)
PARAMESWARA@RAJA ISKANDAR SYAH (Raja Singapura@Temasik V) yang telah
melarikan diri dari Singapura@Temasik mendirikan kerajaan barunya di
MUAR (JOHOR) selama 2 tahun (1258-1262M).
Kemudian, PARAMESWARA@RAJA ISKANDAR SYAH telah menemui tempat yang
paling sesuai untuk didirikan kerajaan, iaitu MELAKA. PARAMESWARA@RAJA
ISKANDAR SYAH telah mengasaskan KERAJAAN MELAYU MELAKA selama 20 tahun
(1262-1281M).
Baginda mangkat dalam usia yang agak tua, dan dimakamkan di TANJUNG TUAN (MELAKA).
Melalui perkahwinan PARAMESWARA@RAJA ISKANDAR SYAH-PUTERI (Puteri
Bendahara Perpatih Tulus), lahir seorang putera, RAJA AHMAD@RAJA BESAR
MUDA.
Sumber :
(1) Prof. Madya Dr.Abd Rahman Ismail (USM), Pengasasan Kerajaan Melayu
Melaka 1262 : Penemuan Fakta Terkini, Seminar Melaka Merentas Zaman
(1262-2010) pada 17 Oktober, 2011 di Seri Negeri, Melaka.
(2) Ismail Azman Omar (2009), Perkahwinan dan Kekeluargaan Raja-raja Melayu Dalam Sejarah Melayu, Shah Alam : KARISMA SDN BHD.
(3)Prof. Emeritus Dato' Dr. Mohd Yusopff Hashim (2005), Parameswara Pengasas Empayar Melaka, Melaka : IKSEP.
(0031) JAYA SINHAVARMAN III@CHE CHI@DAENG SERIOK (1312M) - RAJA CAMPA PENGASAS KERAJAAN PADANG LAMA (MUAR)
Langganan:
Postingan (Atom)